UPDATE DANA PROJEK PEMBINAAN MASJID LESTARI PUTRA
Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Boleh saya ambil masa sikit. Saya nak share cerita tentang dana pembinaan Masjid Lestari Putra yang kita idam-idamkan.
Begini (Maaf, panjang sedikit. Baca sampai habis!!!)
Majlis pecah tanah tapak masjid telah lama dilakukan. Sekitar 4-5 tahun dahulu. Maka, timbul pertanyaan di kalangan kita, kenapa tak boleh jalan-jalan lagi? Apa dah jadi dengan masjid kita ni? Jangankan bumbung menara, naik tiang sebatang pun tak nampak gaya lagi.
Sabar sekejap, sahabat!
Ini nak cerita ni!
Syarat yang diletakkan oleh pihak JAIS ialah: UNTUK BOLEH START PEMBINAAN, MESTI ADA RM2 JUTA dalam tabung. Kenapa? Sebab JAIS tak mahu, naik sekerat jalan, sekali duit habis. Projek terbengkalai. Sebab tu, JAIS letak syarat, mesti ada DUA JUTA, baru boleh mula projek.
Tetapi, jawatankuasa pujuk JAIS, dapat reduce dana permulaan kepada RM1.5juta sahaja. Maksudnya, kena ada RM1.5juta dulu, boleh start kerja tanah.
OK, sampai kepada part penting.
Masing-masing tahu, harga barang pembinaan, baik besi, baik simen, belaka-belaka, naik macam roket.
Makanya, lagi lama kita tangguhkan pembinaan masjid kita ni, makin naiklah kos keseluruhan. Kalau sekarang, kos keseluruhan ialah RM6juta. Jadi, kalau terus tangguh, tak boleh nak mula, kita bimbang, kos naik sekali ganda. Jenuh lah. Mimpi kita nak ada masjid yang proper, akan tinggal angan-angan cuma.
Jadi, sekarang duit ada banyak mana? Cukup ka tak cukup?
Tuan puan,
Duit yang diperlukan ialah RM1.5juta macam saya sebut atas lagi. Dah ada berapa? Boleh lihat jumlah setakat hari ini 30/11/2021
Diperlukan: RM1,500,000.00
Sudah ada: RM1,254,539.63
PERLU SEGERA: RM 245,460.37
JADI, JADI, JADI,
Saya nak rayu kawan-kawan, jiran-jiran budiman, tolonglah derma, infak, zakat, sebutlah apapun. Kalau ada banyak, boleh bagi banyak. Begitu juga, kalau ada RM1, RM5, RM10, boleh sahaja. Yang penting, kita sumbang. Bahkan inilah ‘mata-wang’ kita nak berjual-beli dengan Tuhan nanti.
Bagi kawan-kawan yang ibu bapa, datuk-nenek mereka telah pergi dahulu, sebagai waris, boleh niatkan derma infak kita di atas nama mereka. Mudahan ini akan lancarkan urusan mereka di alam sana.
Sasaran kita ialah: KITA NAK KUMPUL RM245K dalam tahun ini juga. Ada 30 hari lagi. Kalau berjaya, maksudnya 1/1/2022, tabung bina masjid ada RM1.5 juta. Maksudnya, kita dah boleh start mula projek masjid.
Tolonglah. Detail bank, boleh lihat attachment dan poster yang saya hantar sekali.
Saya dahului dengan terima kasih. Ini baru siri satu. Nanti saya sambung lagi. Banyak lagi nak cerita.
Wassalam.
